Family Intervention for the Mitigation of Online Drug Trafficking: Module Development and Feasibility of Implementation
​Kajian Mengenai Intervensi Keluarga Untuk Pengurangan Pengedaran Dadah Dalam Talian Dan Media Baharu
What the project is about:
This project is part of Child, Adolescent and Family Studies (CAFS) Research Group of Department of Psychology, IIUM, which focuses on issues related to children, adolescents, and family relations.​
Walaupun kajian lampau menunjukkan program intervensi keluarga yang telah sedia ada memberikan kesan positif kepada keluarga dan remaja, namun hampir kesemua program ini telah dibangunkan dalam konteks Barat yang secara dasarnya tidak mengambil kira konteks khusus Malaysia. Oleh itu, terdapat keperluan penting untuk membangunkan satu program intervensi keluarga yang mengambil kira isu terkini seperti penggunaan internet dan media baharu dalam penyalahgunaan dadah. Program intervensi ini juga haruslah bersesuaian dengan situasi, budaya, serta keperluan masyarakat tempatan. Oleh itu, kajian ini bertujuan untuk:
-
Membangunkan satu program intervensi keluarga yang menggabungkan pengetahuan dan kemahiran berkaitan dengan pengurangan risiko pengedaran serta penyalahgunaan dadah dalam talian dan media baharu. Objektif ini dicapai menerusi kajian analisis keperluan (need analysis study) serta tinjauan literatur dapatan kajian yang lepas tentang pembangunan modul intervensi keluarga dan keselamatan siber.​
-
Menguji kebolehgunaan dan keberkesanan ©Program Remaja BIJAK, Keluarga PRIHATIN yang telah dibangunkan. Objektif ini dicapai melalui kajian rintis yang dijalankan ke atas 30 remaja dan 24 waris, yang mana peserta waris merupakan ibu atau bapa peserta remaja tersebut. ​
-
Menyediakan bahan-bahan tentang keselamatan siber dan teknologi maklumat serta kaedah penggunaan media baharu yang selamat dan bertanggungjawab sebagai panduan atau rujukan. Objektif ini dicapai dengan menghasilkan buku panduan atau manual yang boleh digunakan oleh ibu bapa, remaja dan belia, serta fasilitator sebagai panduan asas dalam mengelakkan daripada menjadi mangsa jenayah siber.
​
The Team
Project Leader: Nazariah Sharié Janon
Members:
-
Nor Diana Mohd Mahudin
-
Kamarul Akmar Mukhtar (AADK)
-
Almarhumah Azlin Alwi
-
Almarhumah Mimi Iznita Mohamed Iqbal
Research Assistants:
-
Muhamad Haziq Mohd Asad
-
Siti 'Ayunni Ayub
-
Putifatma Hanum Melati
​​
Publications
-
Janon, N. S., Mohd Mahudin, N. D., Alwi, A., & Mukhtar, K. A. (2018). Laporan Akhir: Family Intervention for The Mitigation of Online Drug Trafficking: Module Development and Feasibility of Implementation. Submitted to Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia.
-
​Janon, N. S, Mohd Mahudin, N. D., Alwi, A., & Mukhtar, K. A. (2019). Pembangunan modul program intervensi keluarga untuk mengurangkan penyalahgunaan dadah dalam talian dan media baharu: Satu kajian analisis keperluan. Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia (AADK), Kementerian Dalam Negeri, Malaysia
Copyright & Usage
-
Modul Program Intervensi Keluarga untuk Pengurangan Risiko Pegedaran Dadah Melalui Internet Dan Media Sosial di Kalangan Remaja Malaysia (©Program Remaja BIJAK, Keluarga PRIHATIN) (CRLY00018587)
-
Buku Panduan Lengkap Untuk Fasilitator (Kumpulan Waris), ©Program Remaja BIJAK, Keluarga PRIHATIN (CRLY2021E02484)
-
Buku Panduan Lengkap Untuk Fasilitator (Kumpulan Remaja), ©Program Remaja BIJAK, Keluarga PRIHATIN (CRLY00013398)
-
Buku Aktiviti Remaja, ©Program Remaja BIJAK, Keluarga PRIHATIN (CRLY00013402)
-
Buku Aktiviti Waris, ©Program Remaja BIJAK, Keluarga PRIHATIN (CRLY00013401)
​​
Insights for impact
-
Terdapat perbezaan pemahaman yang ketara pada kedua-dua kumpulan peserta setelah mengikuti program rintis yang dijalankan. Ini menunjukkan bahawa ©Program Remaja BIJAK, Keluarga PRIHATIN ini sesuai digunakan oleh masyarakat untuk mengurangkan risiko pengedaran serta penyalahgunaan dadah melalui internet dan media baharu.
-
​Peserta waris menunjukkan peningkatan yang ketara dalam skor modul keluarga manakala bagi kumpulan remaja pula, peningkatan yang tinggi dapat dilihat dalam modul diri dan media baharu.
-
​Tahap kepuasan peserta terhadap program adalah tinggi bagi kedua-dua kumpulan peserta.
-
Namun, program intervensi keluarga ini masih perlu penambahbaikan dan pemurnian sebelum ia sedia untuk digunakan secara meluas, terutamanya dalam latihan dalaman kepada fasilitator program dan perubahan tempoh program.
​​