top of page
Red Oil Painting

Kajian Kefahaman Kemahiran Keibubapaan Dan Kesedaran Kesan Dadah Kepada Kesihatan Sebelum Dan Sesudah Peserta Menghadiri Program ‘Family on Alert’ (FoA)

​What the project is about:

 

This project is part of Child, Adolescent and Family Studies (CAFS) Research Group of Department of Psychology, IIUM, which focuses on issues related to children, adolescents, and family relations.

 

Program Family on Alert (FoA) merupakan program intervensi keluarga berisiko dadah yang dilaksanakan oleh Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) di lebih kurang 102 daerah di Malaysia. Program ini dijalankan sebanyak dua kali setahun dalam tempoh satu hari. Satu kajian ringkas oleh AADK menunjukkan bahawa 95% daripada 25,605 peserta yang mengikuti Program FOA pada tahun 2012 bersetuju yang mereka telah mendapat kesedaran dan pengetahuan berkenaan kesan dadah terhadap kesihatan. 92% peserta turut bersetuju bahawa program ini memberikan mereka pengetahuan, kemahiran, serta panduan  tentang caragaya keibubapaan, pengurusan kewangan dan pengurusan tekanan.​

 

Namun, selain daripada mengkaji tahap persetujuan peserta terhadap program, tahap keberkesanan sesuatu program intervensi boleh juga dikaji dengan kaedah lain. Oleh itu, kajian ini menilai keberkesanan Program FoA dari perspektif pengetahuan dan kefahaman peserta terhadap modul-modul FoA. Utamanya, ia mengkaji apakah dengan menghadiri program FoA, pengetahuan peserta tentang caragaya keibubapaan, pengurusan kewangan dan tekanan, komunikasi, cabaran, dan disiplin akan bertambah. Objektif ini dicapai dengan mengukur tahap kefahaman peserta tentang isi modul Program FoA sebelum dan selepas menghadiri program ini.

​

Image by Diego PH

The Team

Project Leader: Nazariah Sharié Janon 

 

Members:             

  • Nor Diana Mohd Mahudin

  • Almarhumah Azlin Alwi 

  • Almarhumah Mimi Iznita Mohamed Iqbal 

                                       

Research Assistant:

  •  Muhammad Faris Syahmi 

​

Enumerators:

  • Mohd Wafiy Akmal

  • Haire Kadari   

  • Muhammad Amal Syakir

  • Nurul Farahani

  • Ros Syafinaz

  • Aina Sofia

  • Atika

  • Zahidah
     

Image by Garmin B

Publications & Awards

​Awards:

 

​

​Publications:

 

 

  • Janon, N. S., Mohd Mahudin, N. D., Alwi, A., & Mohamed Iqbal, M. I. (2014). Does Family on Alert (FoA) Program Increase Participants’ Understanding of Family and Drug Related Issues? Implications of A Study in Malaysia. Submitted to Malaysian Anti-Drugs Journal (Jurnal Antidadah Malaysia).

 

  • Janon, N. S., Mohd Mahudin, N. D., Alwi, A., & Mohamed Iqbal, M. I. (2014). Laporan Akhir: Kefahaman Kemahiran Keibubapaan dan Kesedaran Kesan Dadah kepada Kesihatan Sebelum Dan Sesudah Peserta Menghadiri Program ‘Family on Alert’. Submitted to Agensi Antidadah Kebangsaan Malaysia.

​​

​

Red Oil Painting

Insights for impact

  • Terdapat peningkatan kefahaman sebelum dan sesudah program secara keseluruhan, mengikut modul, dan mengikut lokasi, tetapi tidak cukup kuat atau signifikan secara statistik.

 

  • ​Namun, tahap kepuasan peserta terhadap Program FoA secara keseluruhannya adalah tinggi.

 

  • ​Beberapa ciri perlaksanaan Program FoA boleh ditambahbaik bagi meningkatkan lagi keberkesanaan program kepada peserta seperti:

  1. ​Tindakan susulan perlu ada agar peserta dapat terus dibimbing dan diberi tunjuk ajar secara berkesan.

  2. Modul program perlu dipelbagaikan dengan memasukkan elemen praktikal.​

  3. Tenaga pengajar yang tetap, terlatih, dan berkepakaran serta memahami tujuan program dan latarbelakang peserta adalah amat diperlukan.

​​

bottom of page